Selamat Kembali ke-Sekolah
Assalamualiakum w.b.t. .Pertama-tamanya ucapan maaf buat hadirin yang sering mengharapkan blog ini ter update. Ini berikutan meningalnya admin utama blog ini lebih kurang sebulan yang lalu. Semoga beliau sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Peninggalan beliau bukanlah disebabkan apa- apa penyakit namun adalah kerana cuti, makanya beliau meninggalkan bumi Indonesia ini dan pulang ke tanah air untuk meluangkan masa bersama keluarga disamping membantu negara menyelesaikan gejolak- gejolak yang berlaku di Malaysia akhir- akhir ini. Saya sebagai co-admin menyampaikan salam dari beliau buat kalian-kalian semua..Untuk post kali ini co-admin hanya ingin menyampaikan beberapa maklumat buat teman-teman.
Co-admin memaklumkan : " diriwayatkan dari ishraaf bin mazlan, beliau membaca dari blog pkmi-cj, telah menulis oleh admin dalam blog tersebut bahawa : Tiga orang kakitangan Kedutaan Besar Malaysia de Jakarta akan tamat tempoh perkhidmatan mereka di sini dan akan kembali ke Malaysia pada akhir mac ini melainkan salah seorang dari mereka yang memang endon. Mereka adalah 1. En Rosli Sakimin (setiausaha 1 pendidikan ) 2. En Hj. Elias bin Jaafary /pak warden ( warden wisma malaysia) 3. Om Osman Pilus. " Untuk itu barangsiapa yang mempunyai urusan dengan mereka- mereka dan belum selesai, segera lah diselesaikan termasuk yang nak mintak mahap..
Co-admin mengucapkan : Selamat berjaya kepada teman- teman yang sedang bertungkus-lumus-belemuih menguruskan urusan- urusan untuk bersidang setelah menamatkan semua matakuliah..
Co-admin menasihatkan : ..namun di ingatkan kepada mereka yang sedang dan akan berurusan berkaitan proses,persyaratan, prosedur dan formality menuju wisuda agar jangan sampai melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang- undang dan berisiko mendatangkan bahaya apalagi ketidakbesan itu akan ditanggung oleh orang- orang selanjutnya. bak kata pepatung " kemana baunya kentut klo tak orang belakang yang hirup.."
Co-admin menganjurkan : ..so, ada diantara shiapa- shiapa yang yang mempunyai masalah, bolehlah menghubungi dan memaklumkan kepada Ketua kalian supaya boleh diusahakan untuk diselesaikan..
Sekian dulu disampaikan...bye..bye..