SeLaMat DaTaNg LaMaN bLoG MaLaySiaN cLuB UIN JaKaRta (MCUJ)

October 30, 2009

Mesyuarat MCUJ

mcuj telah membuat mesyuarat kali kedua bagi anggota exco 2009/10 pada jumaat baru-baru ini. dengan terlaksananya mesyuarat tersebut maka exco merencanakan satu program perdana MCUJ, program ini selaku menggantikan atau menggabungkan segala program yang tertunggak dan akan dilaksanakan dengan satu nama dan hari yang sama yaitu Program Perdana MCUJ. majlis ini akan dikelolai oleh saudara Fahmi selaku pengarah program dan saudari aisyah selaku timbalannya. dan ahli mesyuarat telah memutuskan untuk membubarkan para wisudawan dan wati yang terlibat sebagai exco MCUJ.Presiden, Bendahari, Timb. Setiausaha, Timb. Sukan, Timbl. Informasi juga Exco Multimedia. untuk pemilihan exco yang baru terletak pada tangan Timbl Presiden yang selaku pemangku Presiden MCUJ yang baru.

Read more...

mcuj telah membuat mesyuarat kali kedua bagi anggota exco 2009/10 pada jumaat baru-baru ini. dengan terlaksananya mesyuarat tersebut maka exco merencanakan satu program perdana MCUJ, program ini selaku menggantikan atau menggabungkan segala program yang tertunggak dan akan dilaksanakan dengan satu nama dan hari yang sama yaitu Program Perdana MCUJ. majlis ini akan dikelolai oleh saudara Fahmi selaku pengarah program dan saudari aisyah selaku timbalannya. dan ahli mesyuarat telah memutuskan untuk membubarkan para wisudawan dan wati yang terlibat sebagai exco MCUJ.Presiden, Bendahari, Timb. Setiausaha, Timb. Sukan, Timbl. Informasi juga Exco Multimedia. untuk pemilihan exco yang baru terletak pada tangan Timbl Presiden yang selaku pemangku Presiden MCUJ yang baru.

Read more...

October 20, 2009

Sambutan Wisuda 77

salam..

sekali lagi mahasiswa UIN menyambut kedatangan hari wisuda bagi wisudawan/wati untuk kali yang ke-77 dengan bertemakan Sarjana Menjana Peradaban Islam..perjalanan konvokesyen tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang sekatan, ancaman, juga kecacatan. perjalanan dimulai dari jam 7.30 sehingga 11pm. wisuda pada kali ini dianggap paling sedikit dibandingkan sebelum ini, sehingga bisa dikatakan tahun 2009 lah paling ramai dan paling sedikit. jika wisuda bulan 7 baru-baru ni 933 orang, maka pada kali ini hanya 561. walaupun angka ini agak berbeza dari dahulu namun kita percaya ada udang disebalik batu, banyak perkara yang menyebabkan mahasiswa tertunda untuk mengambil sarjana kali ini. menurut dari bapak rektor, bahawa faktor utama yang terjadi demikian adalah kerana ujian toafal and toefal. walhal, program wisuda telah berlangsung, dan mahasiswa kita telah terlibat langsung dalam konvokesyen kali ini seramai 8 orang termasuk anggota MCUJ dan ahlinya. yaitu Mohd Zahid, Ahmad Baha, Ibrahim Zaki, Ahmad Saiful Daulah, Mohd Najib, Nor Baizura, Erni Nadia dan Nurul Huda. juga terima kasih kepada yang hadir terutama PKPMI-CJ yang bertungkus lumus dalam menyambut para wisudawan/wati di UIN.

Read more...

October 8, 2009

Kepulangan Anda

salam..

salam lebaran buat pembaca blog persatuan UIN jakarta. sementara bulan syawal belum berakhir dan masih lagi terasa dengan segar seakan tidak mahu meninggal berlalu begitu saja, kini sudah terngian-ngian pula di telinga dengan kedatangan bulan yang hampir tiba zulkaedah nanti, begitu juga kedatangan mahasiswa yang masih lagi warna warni kedatangan mereka, ada yang datang pertengahan bulan, akhir bulan dan juga seterusnya bulan-bulan yang mendatang. terserah pada mahasiswa mahu datang awal atau lewat, kerana bagi old mahasiswa, mereka tidak lagi terlibat dengan program studi kuliah, tetapi kebanyakannya yang sudah bikin skripsi dan yang menunggu wisuda. walaupun bebanan mahasiswa menanggung perbelanjaan tiket yang menelan hampir RM300 sekali penerbangan, namun semangat kemahasiswaan mereka masih lagi membara, untuk menghabiskan program sarjana dengan memegang sekeping sijil UIN adalah bukan perkara senang, kewangan, keringat juga motivasi diri diperbaharui dengan tekad dan usaha sendiri. dengan tauliyah dan pelajaran yang dididik oleh asatizah disebuah institusi swasta di Malaysia maka mahasiswa dapat berdikari secara berkumpulan, muhasabah dan usrah. kedatangan mahasiswa lama akan meriahkan lagi suasana kosan uin yang sarat dipenuhi oleh mahasiswa yang baru.mungkin mahasiswa uin yang baru tidak ramai yang kenal senior yang sudah setahun makan asam garam disini.myb inilah kesempatan kepada mahasiswa yang lama untuk datang awal bagi merapatkan silaturahmi dengan junior yang kian lama menunggu.(",)

Read more...

September 22, 2009

BuAt ANDA yaNg MeLaYaRi

Andai terkasar bahasa, tersilap bicara, Kemaafan jua yang hamba pinta, Bukan sekadar sempena hari raya, Diatas sebarang kesilapan jikalau ada, Maklumlah….hanya seorang manusia, Yang tak sunyi dari membuat dosa, Ajal dan maut ditangan Tuhan Yang Maha Esa, Entah esok….. entahkan lusa, Memohon kemaafan dikesempatan yang ada, Semoga dapat kembali bersua, Agar persahabatan ini kekal sentiasa

Read more...

September 21, 2009

uCaPaN eiDuLfitRi

salam..... Ucapan Aidilfitri buat teman-teman UIN sekalian.kami dari exco MCUJ memohon jutaan kemaafan jika ada yang tersinggung hati dengan pimpinan yang baru ini, terutama ahli MCUJ yang baru hadir karena mungkin selama ketiadaan kami di sana kehidupan anda sedikit rumit dalam keadaan kesibukan baru sampai,kejutan budaya dan sebagainya. dan di kesempatan yang mulia ini. kami harap anda sekalian dapat menyesuaikan diri di sana tanpa ibubapa di sisi dan dengan ini kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.

Read more...

PreSiDen Dan Timb. PreSiDen

Assalamualaikumal-Hamdulillah… bersyukur kita kepada Allah atas segala rahmat dan nikmat yang tidak terhingga dari-Nya kepada kita terutama nikmat Iman dan Islam yang sangat berharga dan bernilai di Dunia dan Akhirat. Sampai saat ini kita diizinkan lagi menghirup udara-Nya tanpa dikenakan bayaran sedikit pun dan menyebabkan jiwa kita masih bernafas dan roh masih dikadung badan. Terima kasih ya Allah atas keijzinanmu hingga kami sempat bertemu Ramadhan yang penuh berkat dan mulia ini. Semoga kita sama-sama mengisi bulan keberkatan ini dengan amal yang di redhoi-Nya dan yang paling penting adalah meninggalkan dan menjauhi maksiat. Agar puasa kita diagkat oleh Allah dan kita termasuk ke dalam golongan yang puasanya bukan sekadar menahan diri (puasa) dari makan dan minum. Bahkan kita juga termasuk ke dalam golongan orang yang menahan (puasa) semua anggota (rohani dan jasmani) dari segala perkara yang diharamkan oleh Allah. Ya Allah.. semoga engkau panjangkan usia kami hingga kami bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini dimasa akan datang.

uinjktmalaysian.blogspot: Di bulan yang penuh keberkatan ini, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Exco, ahli dan non ahli MCUJ atas segala kerja sama dan perhatian anda semua untuk kebaikan kita semua. Di sini kami ingin nyatakan bahwa satu usha yang dilakukan oleh Exco Multimedia dalam mengemaskini Blog MCUJ yang agak lama tergendala telahpun selesai dan akan aktif semula dalam wajah dan penampilan yang baru. Dengan ini kami akui dan mengesahkan bahwa Blog ini adalah Blog MCUJ (Malaysian Club UIN Jakarta). Semoga usaha yang dijalankan ini mendapat berkat dari Allah dan memberi manfaat kepada kita semua.
Selamat Datang Pelajar Baru: Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan anda semua dan selamat datang kepada semua mahasiswa/wi baru yang telah selamat sampai di Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia. Mulakan langkahmu dengan niat yang penuh keikhlasan kepada Allah Taala dan bersabarlah di atas segala ujian, rintangan, halangan dan cabaran yang anda hadapi. Karena itulah yang akan diharungi oleh setiap insan yang bakal mendapat kejayaan. Semoga anda sentiasa mengingati-Nya walaupun dimana anda berada dan Allah bersamamu. Teruskan perjuangan.

Read more...

::aNda PeLaWat Ke::

invisible statistics

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP