SeLaMat DaTaNg Ke LaMaN bLoG MaLaySiaN cLuB UIN JaKaRta (MCUJ)

April 28, 2009

~~ Al- Fatihah . . .

"setiap yang hidup di muka bumi ini pasti akan mati suatu hari nanti" ..
begitulah yang terpaksa diterima pahit buat teman
kita saudara hazrin bin hazaharyang telah kehilangan
seorang ibu tercinta
pada subuh 28 hb april 2009
yaitu hari selasa
yang lepas. disini kami selaku teman2
mengucapkan Takziah buat saudara dan keluarga dan kami
juga turut berduka diatas musibah yang menimpa saudara.
semoga saudara dan keluarga tetap tabahbdidalam menerima
ujian seperti ini. marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat
almarhumah ibu kepada hazrin ini. semoga roh beliau
ditempatkan didalamgolongan yang
beriman dan yang beramal soleh.
al fatihah . . .


. . . amin . . .

. . . dan tidak lupa juga kami sebagai wakil kepada saudara hazrin
untuk berterima kasih kepada teman2 yang telah memberi
sumbangan yang berupa uang dan dana untuk membolehkan
saudara hazrin pulang ketanah air dan juga kepada teman2 yang banyak
membantu didalam menguruskan proses untuk keluar dari
bumi indonesia ini. semoga budi baik tuan2 dan puan2
akan dibalas dengan 1001 kebaikan.

wassalamu . . . al fatihah . . .

Read more...

April 27, 2009

~~AyO DukUnG TeAm Kita~~

Jom ramai2 kita join Turnamen (bekasi bangat..!!) futsal anjuran Anak Riau di Jakarta yang akan diadakan di Dewan Sukan terbagus di Ciputat Old Town..(legoso je sebenarnya.. :)) Utk pengetahuan sekelian Team Anak Malaysia Uin dengan selamber nye menjoinkan diri beliau didalam pertandingan tersebut. Untuk pengetahuan semua akan terdapat 16 Team yang mewakili beberapa buah daerah di indonesia ini sperti makassar, acheh, dan lain2. tak ingat sangat la sbb banyak sgt. Oleh itu marilah sama2 kita mendoakan didalam solat semoga korban situ gintung bersabar didalam menghadapi ujian besar ini.he melencong lak ko fami.. semoga team yang diwakilkan oleh Mahasiswa Malaysia Uin Syariff Hidayatullah ini akan meraih percapaian yang paling bagus dan hensem. kalau sepak tu pakai kaki. jangan pakai tangan. nanti foul..hehe

Tarikh : 3hb Mei 2009 (Ahad)
Jam : Pagi la. sesudah subuh dan sebelum petang
Tempat : Dewan Sukan Legoso Ciputat Old town skool
Tiket : Rp15,000 untuk wayang di pondok indah. futsal ni free je.

bagus lah sukan untuk mereka..erk?? hehe datang jangan tak pulang.. :p

Read more...

April 26, 2009

tahNiaH BuaT BaRisaN PkPMi YanG BaRu



Sorri r lambat nak ucap.. ha tapi tak kan la kami leh lupa nak
ucap lak kan.. tahniah buat exco barisan PKPMI - CJ
yang baru. yaitu ::

YDP : Saudara Mohd Zailani bin Abd Shariff (Universitas Trisakti)
Timb. YDP 1 : Saudara Farid Ramli (UKRIDA)
Timb. YDP 2 : Saudari Tuan Nor Aizah (Uni. Moestopo)
Pengerusi Tetap : Saudara Asri (UKRIDA)
Timb. Pengerusi Tetap : Saudari Masliana (UKRIDA)
Juru Audit 1 : Saudara Ahmad Nabieh (Universitas Trisakti)
Juru Audit 2 : Saudara Mohd Azmil Atiman (UI)



~semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik2 nya
dan tanpa korupsi. hehe ingat tu. korupsi tu dosee maa.. tak baik
untuk kesihatan hati dan jiwa. untuk poket tu ok la kot tapi biasanya tak lama..hehe
~~dari warga Universitas Islam Negeri Syariff Hidayatullah jakarta (M'sia)

selamat bertugas dan selamat ditugaskan. bertugaslah

tugasan tersebut sepertimana yang di tugaskan petugas..

Read more...

~Ujian Tengah Sem dah Tiba..??


~~gOOd luck for the eXAm~~
ha skang kan dah mula musim nya musim bunga2 cinta kepada buku2 rujukan dan buku2 kawan2 untuk dibuat rujukan. ye la skang kan dah minggu Ujian Tengah Semester (UTS). sebut pasal exam ni mmg pening kepala. mula lah serabut sebab lum study, lum buat nota.. pahtu ada la yang rajin kit buat nota utk hapalan.. kadang2 ada gak yang buat nota yang kecik2.. ha saja nak curik2 masuk dalam exam la tu. dosee woo.. ingat senang ke nak tiru.. slalunya satpam yang ditugaskan tu lebih dari 14 orang.. tapi ada yang jaga parking, ada yang jaga kantin.. haha biasa la tu.. nak senang rembat je la kertas jawapan orang lain. tapi kan x baik.. so study lah rajin2. tumpu kan perhatian tu... jgn tgk tv sangat.. skang kan musim bola. kurang2 kan main futsal..tu bagi lelaki. bagi pempuan tu kurang2 kan la bergosip liar dan kurang2 kan garam dalam masakan anda. hehe.. ok kepada sumer..
good luck! semoga best!! best kan..??

Read more...

~~SekaLuNg TahNiaH DiUcaPkAn~~

assalamualaikum wbt.. dan salam sejahtera kepada yang bukan islam (ada ke..?) selamat kembali kepada saya (hehe lama cuti da) ialah dah lama sgt x update blog ni. bukan malas ea.. tapi biasa la paham2 je la kat UIN ni bukan ada kemudahan yg sepatut nya ada.. internet pun x brapa laju. so guna je la mana yg ada.. hurm rasa nak ucap pape lah kat orang. ha sblum terlambat lagi lama saya selaku kawan2 pada kawan2 yang lain kat UIN ni ingin mengucapkan Congrats @ senang kata alhamdulillah dan tahniah lah kepada teman2 yang dah berjaya tamatkan pengajian di UIN ni. walau pun dah lewat 3-4 minggu lebih dari tarikh wisuda aritu (4-4-09) tapi disebabkan ingin meraikan (sbnarnya jeles.. huhu) tapi gamba yang kami taruk ni gamba wisuda awal tahun ni. yaitu bulan 1 kemarin. biasa la konvo kan ada 4 kali setahun..maklum la ramai sgt student UIN ni. sambil2 tu kami ingin mencoretkan segulung tahniah kepada anda sekalian. anda sumer pun jgn seronok sgt sbb dah wisuda. ingat dah wisuda tu dah lepas ke bebanan di bahu ni? byk lagi tau sbnrnya.. ha pah ni nak keje lagi, nak cari keje lagi..harap2 dapat keje yg best2 lah. macam keje jadi pegawai bank ke.. pegawai agama ke.. pegawai tanah pun x pe.. asalkan masyukk.. hehe . n jgn lupa ea utk mendoakan kami. ye r.. sbb ada yg masuk sama2 kat UIN ni tapi korang yg abis duluan. x aci tul.. x pe sabar2 ye sabariah. hu.. ha kalau yang rasa2 dah tamat ni nak melangsungkan wedding of de year tu jgn lak dengan selamber x bitau kami kat sini. ha paling2 pun bagi la sms ke.. x pun bagi la surat jemputan. jgn surat kabar lak. surat pajak pun x nak tau.

hmm semoga korang selamat didunia dan diakhirat.. jgn lupa doakan kami lak k. (dah la pas ni korang x bagi bunga kat kami utk konvo) hurm cakap pasal konvo ni nampaknya ramai yang dah mula sibuk2 utk pulun wat persiapan menyelesaikan tesis masing2. x pe2 mana yang dah leh tamatkan pengajian tu wat la cepat2. agak2 rasa nak pakai buku rujukan tu rajin2 la p tanah abg. x pun nak senang pinjam la kat saing2 yang ada. jangan wat tesis tu main suka2 je. wat bebetul. hm nak kena bayar duit konversi lagi.. nak kena amik paraf dosen2 lagi.. banyak wo keje yg kena wat ni. leceh tul. so mana2 yang lum abis subjek tu wat bebetul sem ni. bagi kaw punya A ea.. biar nanti x de masalah di kendian hari. ok semoga anda dan sekalian warga UIN berjaya didunia dan di akhirat.. dan selamat walau dimana anda berada. pandulah dengan berhemat. biar lambat asal slow.

wassalamu..

Read more...

~~ senyum kit ~~

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir
bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak
percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak
itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang
pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Read more...

April 22, 2009

Disebalik Banyak Buku yang Dibaca

Mengapa kita sukar memperolehi jawapan yang menenangkan? Atau kita asyik salah membuat kesimpulan? Atau kita terpinga-pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Atau paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul?

Ramai ulama memberikan jawapan bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan.

Pertama, kita tidak atau kurang membaca. Kedua, kita terlalu banyak membaca!

Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawapan untuk manusia hari ini. Dunia kini bergerak sepantas ilmu yang dikuasai manusia. Oleh kerana ilmu adalah dengan membaca, anda akan terperuk di belakang dalam kotak jahil jika anda gagal untuk membaca.

Anda hanya mengharap jawapan daripada angin yang lalu. Akhirnya anda hidup tertipu. Ditipu oleh diri sendiri yang buta atau oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan memangsakan anda. Pendek kata, tiada yang positif daripada kalimah jahil. Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca.

Perhatikan berapa ramai orang yang tidak membaca dan dia pula suka berkawan dengan orang yang juga tidak membaca. Perhatikan juga betapa orang yang membaca tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak membaca.

Jadi, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda.

Justeru, anda kekal sebagai murid sampai tua. Jika guru anda itu alim yang baik, anda selamat menumpang ilmunya. Jika dia alim yang jahat, anda tak mungkin selamat. Bagaimana anda yang jahil nak selamat jika anda tak tahu pun dia jahat?

Hanya yang berilmu tahu gurunya baik atau tidak. Itu jika si jahil itu mahu jadi murid. Bagaimana jika dia enggan? Tidakkah hanya orang yang mencintai ilmu sahaja yang suka menjadi murid? Begitulah kesukaran mengubat kejahilan.

Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawapan yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya.

Tetapi, anda perlulah juga sedar bahawa antara faktor sukarnya memperolehi jawapan yang benar adalah kerana terlalu banyak membaca! Banyak membaca adalah baik. Tetapi jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawapan itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang-silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain. Apa yang anda baca hari ini?

Ya, Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama tuhanMu.”

Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri dengan sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!

Ilmu mencipta keegoan melampau jika ia tidak menundukkan. Anda samada tunduk dan tawadu’ atau jadi sombong takbur kerana banyak membaca. Anda enggan kecuali hanya tunduk pada nafsu sendiri yang merasa tahu dan serba tahu.

Dalam surah yang sama (al Alaq), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”

Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?

Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.”

Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara. Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.


Rasulullah saw tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat. Al Quran penuh ilmu.

Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti?

Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya. Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku-buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku-buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa.

Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawapan daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka. Akhirnya kita gagal memperolehi jawapan yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.

Membina diri hendaklah bermula dengan akidah yang benar. Anda perlu melumati ilmu akidah. Dengannya anda akan rasa tenang sungguh untuk berjalan di bumi ini sebab anda akan memandang secara tepat dan tajam. Anda tidak keliru lagi dengan simpang siur di depan.

Membina diri hendaklah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Anda pula mestilah mendapatkannya melalui jalan yang betul untuk mengenal sesuatu itu adalah benar daripada Allah dan rasulNya. Anda perlu sedar bahawa penafsiran kedua-dua sumber itu dipenuhi kekaburan dan kerumitan kerana jauhnya kita daripada guru pertama iaitu Rasulullah saw, juga murid-muridnya yang diredhai tuhan, iaitu para sahabat ridhwanuLlahi alaihim.

Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.

Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa-apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.

Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku-buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawapan yang dibentangkan di hadapan.


Dipetik daripada: nikabduh.wordpress.com

Read more...

::aNda PeLaWat Ke::

invisible statistics

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP