SeLaMat DaTaNg Ke LaMaN bLoG MaLaySiaN cLuB UIN JaKaRta (MCUJ)

April 26, 2009

~~ senyum kit ~~

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir
bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak
percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak
itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang
pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Read more...

April 22, 2009

Disebalik Banyak Buku yang Dibaca

Mengapa kita sukar memperolehi jawapan yang menenangkan? Atau kita asyik salah membuat kesimpulan? Atau kita terpinga-pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Atau paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul?

Ramai ulama memberikan jawapan bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan.

Pertama, kita tidak atau kurang membaca. Kedua, kita terlalu banyak membaca!

Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawapan untuk manusia hari ini. Dunia kini bergerak sepantas ilmu yang dikuasai manusia. Oleh kerana ilmu adalah dengan membaca, anda akan terperuk di belakang dalam kotak jahil jika anda gagal untuk membaca.

Anda hanya mengharap jawapan daripada angin yang lalu. Akhirnya anda hidup tertipu. Ditipu oleh diri sendiri yang buta atau oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan memangsakan anda. Pendek kata, tiada yang positif daripada kalimah jahil. Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca.

Perhatikan berapa ramai orang yang tidak membaca dan dia pula suka berkawan dengan orang yang juga tidak membaca. Perhatikan juga betapa orang yang membaca tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak membaca.

Jadi, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda.

Justeru, anda kekal sebagai murid sampai tua. Jika guru anda itu alim yang baik, anda selamat menumpang ilmunya. Jika dia alim yang jahat, anda tak mungkin selamat. Bagaimana anda yang jahil nak selamat jika anda tak tahu pun dia jahat?

Hanya yang berilmu tahu gurunya baik atau tidak. Itu jika si jahil itu mahu jadi murid. Bagaimana jika dia enggan? Tidakkah hanya orang yang mencintai ilmu sahaja yang suka menjadi murid? Begitulah kesukaran mengubat kejahilan.

Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawapan yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya.

Tetapi, anda perlulah juga sedar bahawa antara faktor sukarnya memperolehi jawapan yang benar adalah kerana terlalu banyak membaca! Banyak membaca adalah baik. Tetapi jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawapan itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang-silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain. Apa yang anda baca hari ini?

Ya, Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama tuhanMu.”

Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri dengan sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!

Ilmu mencipta keegoan melampau jika ia tidak menundukkan. Anda samada tunduk dan tawadu’ atau jadi sombong takbur kerana banyak membaca. Anda enggan kecuali hanya tunduk pada nafsu sendiri yang merasa tahu dan serba tahu.

Dalam surah yang sama (al Alaq), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”

Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?

Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.”

Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara. Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.


Rasulullah saw tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat. Al Quran penuh ilmu.

Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti?

Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya. Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku-buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku-buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa.

Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawapan daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka. Akhirnya kita gagal memperolehi jawapan yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.

Membina diri hendaklah bermula dengan akidah yang benar. Anda perlu melumati ilmu akidah. Dengannya anda akan rasa tenang sungguh untuk berjalan di bumi ini sebab anda akan memandang secara tepat dan tajam. Anda tidak keliru lagi dengan simpang siur di depan.

Membina diri hendaklah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Anda pula mestilah mendapatkannya melalui jalan yang betul untuk mengenal sesuatu itu adalah benar daripada Allah dan rasulNya. Anda perlu sedar bahawa penafsiran kedua-dua sumber itu dipenuhi kekaburan dan kerumitan kerana jauhnya kita daripada guru pertama iaitu Rasulullah saw, juga murid-muridnya yang diredhai tuhan, iaitu para sahabat ridhwanuLlahi alaihim.

Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.

Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa-apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.

Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku-buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawapan yang dibentangkan di hadapan.


Dipetik daripada: nikabduh.wordpress.com

Read more...

March 13, 2009

Selamat Kembali ke-Sekolah

Assalamualiakum w.b.t. .Pertama-tamanya ucapan maaf buat hadirin yang sering mengharapkan blog ini ter update. Ini berikutan meningalnya admin utama blog ini lebih kurang sebulan yang lalu. Semoga beliau sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Peninggalan beliau bukanlah disebabkan apa- apa penyakit namun adalah kerana cuti, makanya beliau meninggalkan bumi Indonesia ini dan pulang ke tanah air untuk meluangkan masa bersama keluarga disamping membantu negara menyelesaikan gejolak- gejolak yang berlaku di Malaysia akhir- akhir ini. Saya sebagai co-admin menyampaikan salam dari beliau buat kalian-kalian semua..Untuk post kali ini co-admin hanya ingin menyampaikan beberapa maklumat buat teman-teman.
Co-admin memaklumkan : " diriwayatkan dari ishraaf bin mazlan, beliau membaca dari blog pkmi-cj, telah menulis oleh admin dalam blog tersebut bahawa : Tiga orang kakitangan Kedutaan Besar Malaysia de Jakarta akan tamat tempoh perkhidmatan mereka di sini dan akan kembali ke Malaysia pada akhir mac ini melainkan salah seorang dari mereka yang memang endon. Mereka adalah 1. En Rosli Sakimin (setiausaha 1 pendidikan ) 2. En Hj. Elias bin Jaafary /pak warden ( warden wisma malaysia) 3. Om Osman Pilus. " Untuk itu barangsiapa yang mempunyai urusan dengan mereka- mereka dan belum selesai, segera lah diselesaikan termasuk yang nak mintak mahap..
Co-admin mengucapkan : Selamat berjaya kepada teman- teman yang sedang bertungkus-lumus-belemuih menguruskan urusan- urusan untuk bersidang setelah menamatkan semua matakuliah..
Co-admin menasihatkan : ..namun di ingatkan kepada mereka yang sedang dan akan berurusan berkaitan proses,persyaratan, prosedur dan formality menuju wisuda agar jangan sampai melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang- undang dan berisiko mendatangkan bahaya apalagi ketidakbesan itu akan ditanggung oleh orang- orang selanjutnya. bak kata pepatung " kemana baunya kentut klo tak orang belakang yang hirup.."
Co-admin menganjurkan : ..so, ada diantara shiapa- shiapa yang yang mempunyai masalah, bolehlah menghubungi dan memaklumkan kepada Ketua kalian supaya boleh diusahakan untuk diselesaikan..
Sekian dulu disampaikan...bye..bye..

Read more...

December 22, 2008

Laporan Coopa De-Pkpmi 08


Firstly ribuan terima kasih dan syabas kepada pihak penganjur iaitu pihak exco sukan PKPMI-cj yang telah berjaya menganjurkan Coopa De Pkpmi Jakarta dengan jayanya.. Dengan penuh ceria dan bersemangat para Ajk yang terlibat untuk memastikan segala aturcara dapat berjalan dengan lancarnya.. bravo to Pkpmi..







Ni lah muka coach kami. tak penah lantik pun sbnrnya.. tapi dia ni presiden kami.maka secara automatis jadilah dia coach..heh heh.leh kan kemkawan..

ni muka penat bapak presiden..kerana dapat menyumbat 1 goal utk pasukan 5detik.. dan team beliau telah mendapat tempat yang ke-4 ..syabas utk beliau







Alhamdulillah, dari pihak UiN sendiri pun tak kurang semangat nya. dengan pimpinan Coach yang tak bertauliah, pihak kami telah dapat menubuhkan 3 buah pasukan yang power2 blaka.heh heh.. leh tahan je sbnrnya..









keseronokan dan kepenatan sentiasa terpampang dimuka para pemain. dan kepuasan dapat bermain bersama2 dengan teman2 lain dari Univ Trisakti, Ukrida, Ui dan Moestopo. Syabas juga kepada kalian semua..









walau tidak semua team dari Uin dapat berjaya membawa pulang medal, tapi hadiah saguhati pun kira ok gak la..tak sia2 kami join game ni..









okehh. tahniah kepada yang berjaya.. team Reboh2Bangun2, team 5 Detik dan team Follow Up.. sampai jumpa lagi di games yang akan datang.. peace!!

Read more...

December 10, 2008

Jom Join Ramai2 k..

Coopa De' PKPMI Cawangan Djakarta
Di Grand Futsal Kuningan
Pada 14 Desember 2008 (Ahad ni la)
Bermula pukul 8.00 am Sehingga Abiss..
so check it out!!
jangan lupa training, pah tu doa pulak
dan Tawakkal..



Go Uin Go!!!
bravo 2 all!!!!!!!!!!

Read more...

Meriahnya Idul Adha..huhu


Takbir raya yang berkumandang pada pagi raya ini telah mengejutkan kami dengan penuh syahdu.. bergegas utk semayang subuh yg hampir kantoi.. heh heh










pahtu terpaksa mengantri utk mandi lak. maklum la kamar mandi bukan banyak pun.. sebab pagi nya kami ingin cepat2 dapat sampai ke kdubes utk solat raya scara berjamaah dgn rakan2 lainnya.dalam keriuhan menyambut raya ini terdetik juga beberapa detik kerana terkenang raya yang selama ini bersama keluarga di kampung halaman masing2.. sedey gak la. huhu..






ha yang ni lak bukan la majlis penyampaian hadiah korban kepada org yg kurg kemampuan. tapi ni saja2 main2 lak. budak2 ni main je keje nya.siot tul hampa nih. org dtg buat keje la.










posing macam2 la akak2 ni masa buat keje.. tapi tima ksh buat mereka2 yg rajin2 utk tolong makcik2 dan ibu2 masak. tnpa diorg ni bisa repot gak lah.. leh buat calon nih. heh heh











heh rajin nya akak2 ni buat keje.. ye jek diorg ni buat..hoho jaga2 tangan tu cik kak oi..











ho ni adegan2 pada malamnya lak.. heh ingat kami tak pandai memasak ke? ho ni chef2 tau.. lokasi berlaku di rumah sewa pelajar lelaki. rumah ni ada dapur. so masak reramai ni syok gak.. rasa kmeriahan raya gak lahh










yg ni cikk onn tgh masak msakan keterean beliau yaitu kambing masak kicap. beuhh power gak la.. sehingga menjilat dinding.keh keh keh










adegan skrg ni adegan memotong, mengerat, mencincang daging2 yang dapat pada pagi tu untuk dimasak dan dimakan dengan seleranya. lapa sgt time ni.. msing2 lum makan..











menu kita hari ini : nasik putih, kambing masak kicap, sup lembu, sup gearbox dan air es teh manis.. cukup menyelerakan..




thanx 4 all yang berjaya menjayakan raya idul adha pada tahun ni.. kami minta ampun dan maaf jika ada yang tidak sempurna didalam menjayakan program ini.. adioss

Read more...

December 5, 2008

slamat hari raya idul adha 2 semua..


Alhamdulillah.. tahun ni kita dapat lagi untuk bersama2 merayakan Raya Idul Adha di Indonesia bersama2 rakan2 sekalian. hmm nampaknya sedih lagi la raya kali ni tnpa ketiadaan kita utk bersama dengan keluarga, sahabat2, org tercinta, kekasih tersayang di malaysia. tapi kerna perjuangan kita insyallah kekuatan itu akan hadir didalam diri dan sanubari kita untuk kita tak jadi nak sedih sangat. heh heh. akhir kata, semoga kehadiran idul adha kali ini akan merapatkan ukhuwah diantara kita sesama muslim dan mengukuhkan lagi tali siraturrahmi antara kita dan orang lain. sekian terima kasih.

Read more...

::aNda PeLaWat Ke::

invisible statistics

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP