SeLaMat DaTaNg Ke LaMaN bLoG MaLaySiaN cLuB UIN JaKaRta (MCUJ)

January 7, 2010

sambutan wisuda 78


Keadaan sulit telah berganti dan bertukar kulit dengan menjadi lebih mudah dan gampang. Sekali lagi kita dikejutkan dengan kejayaan teman-teman yang berada di kuliah Syariah dan Hukum dengan kejayaan mereka melepasi duri-duri dalam pengajian. Kejayaan mereka akan diraikan pada wisuda kali ke 78. Dalam pemerhatian admin mendapat kesan dari segi tempoh pengajian bahwa ada segelintir dikalangan mereka yang akan diwisudakan ini adalah mencapai rekod yang paling cepat. Tidak juga demikian mereka semua ini di tahap yang memuaskan dari segala hal, samada jasmani juga rohani. Diantara mereka yang akan diwisudakan adalah dari semua Fakultas Syariah dan Hukum, mereka adalah: firdaus, Hazrin, Shuib, Zul, Rais (Pok Ko), Anuar, Fahmi, Izzudin, Zaki (Ayoh Su), Shefullah, Sakinah, Aisyah dan Zainab. Tahniah bagi mereka yang telah mencapai kejayaan, semoga berbakti dengan ilmu yang telah dipetik.

Read more...

Sambutan 2010

Kejayaan sesorang adalah daripada berkat kesungguhan yang dicari dengan gigih dan sengoti dengan sedikit kesungguhan dicampur dengan kepandaian juga kecerdikan maka hasilnya akan segera menjadi suatu kejayaan dan kebanggaan. Tahun 2009 telah meninggalkan jejak dan bekas-bekasan hidup yang dilalui dahulu, ia berlalu pergi dengan secepat jam berdetik. Namun sambutan tahun baru kini amat-lah tidak memberi kesan kepada para mahasiswa, hanya saja bunyi dentuman meriam bom api di dataran luas serta para muda mudi menyambutnya dengan hiburan yang melimpah. Kita tidak sedar bahawa sambutan begitu meriah ini dapat membuat kaum yahudi dan nasrani betul-betul terasa dakyah mereka begitu berkesan. Hatta anak-anak Islam dinilai dari segi fikrah dan perangai juga perwatakan imej yang dibawa itu seakan anak-anak Mereka..Lebih kurang camtu la boh. Tahun baru bagi mahasiswa bukan-lah menjadi suatu erti yang sebenar atau titik permulaan dalam kehidupan pengajian campus UIN. Karena setiap buah semangat atau niat ini bermula pada segala permulaan dalam setiap perkara. Oleh karena itu, pengajian mereka telah bermula pada pertengahan tahun 2009 dan pada saat ini mereka kini akan menduduki exam akhir semester pertama. Segala jenis niat dan tujuan serta kemauan mereka telah ikrarkan dan seterusnya telah tunaikan serba sedikit dari ikrar tersebut. Namun begitu, pembaharuan niat bukanlah ditunggu pada hari-hari khusus sahaja, sepatutnya dibuat setiap hari selepas bangun tidur atau solat Subuh. Exam bukan-lah suatu yang dianggap enteng atau mudah, keringat, keotakan juga kepandaian kini terus dikerah demi menuju matlamat, visi, misi juga kejayaan duniawi dan ukhrawi. Namun bukanlah kejayaan ini yang diutamakan tapi segala kejayaan adalah demi mencapai keredhoaan Ilahi jua kami panjatkan. Di awal muharram dan awal tahun baru 2010 yang disambut ini, marilah sama-sama kita menuju matlah yang sebenar dan keertian kita berada dalam agama Islam ini, akhir kalam اصلاح نفسك أدعوا غيرك.

Read more...

::aNda PeLaWat Ke::

invisible statistics

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP