SeLaMat DaTaNg Ke LaMaN bLoG MaLaySiaN cLuB UIN JaKaRta (MCUJ)

June 20, 2010

semangat wahai para sahabat


salam sahabt semua.seribu kemaafan dipohan walaupun x raye lagi..tapi tu la orang melayu time raye je mintak maaf,,saya selaku pengurus blog baru blog ini moham maaf kepada teman-teman keran sudah lama tidak updite,,tapi insyaaalh selepas ini ,,,akan berjalan dengan lancar,,,dan kepada teman teman yang sedang exem ujian akhir semester diharap power dan hebat la jawab"senagng cakap

"kacang goreng je ar" dan kemungkinan sebelum lima hari bulan julai kita akan mengadajkan semacam kem bagi seluruah mahasisiwa/wi malayisa di UIN jakarta...harap semua amik port ah eh....dan semoga ceria selalu macam astro ceria,,,

Read more...

June 10, 2010

salam semua harap anda ceria selalu

Read more...

January 7, 2010

sambutan wisuda 78


Keadaan sulit telah berganti dan bertukar kulit dengan menjadi lebih mudah dan gampang. Sekali lagi kita dikejutkan dengan kejayaan teman-teman yang berada di kuliah Syariah dan Hukum dengan kejayaan mereka melepasi duri-duri dalam pengajian. Kejayaan mereka akan diraikan pada wisuda kali ke 78. Dalam pemerhatian admin mendapat kesan dari segi tempoh pengajian bahwa ada segelintir dikalangan mereka yang akan diwisudakan ini adalah mencapai rekod yang paling cepat. Tidak juga demikian mereka semua ini di tahap yang memuaskan dari segala hal, samada jasmani juga rohani. Diantara mereka yang akan diwisudakan adalah dari semua Fakultas Syariah dan Hukum, mereka adalah: firdaus, Hazrin, Shuib, Zul, Rais (Pok Ko), Anuar, Fahmi, Izzudin, Zaki (Ayoh Su), Shefullah, Sakinah, Aisyah dan Zainab. Tahniah bagi mereka yang telah mencapai kejayaan, semoga berbakti dengan ilmu yang telah dipetik.

Read more...

Sambutan 2010

Kejayaan sesorang adalah daripada berkat kesungguhan yang dicari dengan gigih dan sengoti dengan sedikit kesungguhan dicampur dengan kepandaian juga kecerdikan maka hasilnya akan segera menjadi suatu kejayaan dan kebanggaan. Tahun 2009 telah meninggalkan jejak dan bekas-bekasan hidup yang dilalui dahulu, ia berlalu pergi dengan secepat jam berdetik. Namun sambutan tahun baru kini amat-lah tidak memberi kesan kepada para mahasiswa, hanya saja bunyi dentuman meriam bom api di dataran luas serta para muda mudi menyambutnya dengan hiburan yang melimpah. Kita tidak sedar bahawa sambutan begitu meriah ini dapat membuat kaum yahudi dan nasrani betul-betul terasa dakyah mereka begitu berkesan. Hatta anak-anak Islam dinilai dari segi fikrah dan perangai juga perwatakan imej yang dibawa itu seakan anak-anak Mereka..Lebih kurang camtu la boh. Tahun baru bagi mahasiswa bukan-lah menjadi suatu erti yang sebenar atau titik permulaan dalam kehidupan pengajian campus UIN. Karena setiap buah semangat atau niat ini bermula pada segala permulaan dalam setiap perkara. Oleh karena itu, pengajian mereka telah bermula pada pertengahan tahun 2009 dan pada saat ini mereka kini akan menduduki exam akhir semester pertama. Segala jenis niat dan tujuan serta kemauan mereka telah ikrarkan dan seterusnya telah tunaikan serba sedikit dari ikrar tersebut. Namun begitu, pembaharuan niat bukanlah ditunggu pada hari-hari khusus sahaja, sepatutnya dibuat setiap hari selepas bangun tidur atau solat Subuh. Exam bukan-lah suatu yang dianggap enteng atau mudah, keringat, keotakan juga kepandaian kini terus dikerah demi menuju matlamat, visi, misi juga kejayaan duniawi dan ukhrawi. Namun bukanlah kejayaan ini yang diutamakan tapi segala kejayaan adalah demi mencapai keredhoaan Ilahi jua kami panjatkan. Di awal muharram dan awal tahun baru 2010 yang disambut ini, marilah sama-sama kita menuju matlah yang sebenar dan keertian kita berada dalam agama Islam ini, akhir kalam اصلاح نفسك أدعوا غيرك.

Read more...

October 30, 2009

Mesyuarat MCUJ

mcuj telah membuat mesyuarat kali kedua bagi anggota exco 2009/10 pada jumaat baru-baru ini. dengan terlaksananya mesyuarat tersebut maka exco merencanakan satu program perdana MCUJ, program ini selaku menggantikan atau menggabungkan segala program yang tertunggak dan akan dilaksanakan dengan satu nama dan hari yang sama yaitu Program Perdana MCUJ. majlis ini akan dikelolai oleh saudara Fahmi selaku pengarah program dan saudari aisyah selaku timbalannya. dan ahli mesyuarat telah memutuskan untuk membubarkan para wisudawan dan wati yang terlibat sebagai exco MCUJ.Presiden, Bendahari, Timb. Setiausaha, Timb. Sukan, Timbl. Informasi juga Exco Multimedia. untuk pemilihan exco yang baru terletak pada tangan Timbl Presiden yang selaku pemangku Presiden MCUJ yang baru.

Read more...

October 20, 2009

Sambutan Wisuda 77

salam..

sekali lagi mahasiswa UIN menyambut kedatangan hari wisuda bagi wisudawan/wati untuk kali yang ke-77 dengan bertemakan Sarjana Menjana Peradaban Islam..perjalanan konvokesyen tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang sekatan, ancaman, juga kecacatan. perjalanan dimulai dari jam 7.30 sehingga 11pm. wisuda pada kali ini dianggap paling sedikit dibandingkan sebelum ini, sehingga bisa dikatakan tahun 2009 lah paling ramai dan paling sedikit. jika wisuda bulan 7 baru-baru ni 933 orang, maka pada kali ini hanya 561. walaupun angka ini agak berbeza dari dahulu namun kita percaya ada udang disebalik batu, banyak perkara yang menyebabkan mahasiswa tertunda untuk mengambil sarjana kali ini. menurut dari bapak rektor, bahawa faktor utama yang terjadi demikian adalah kerana ujian toafal and toefal. walhal, program wisuda telah berlangsung, dan mahasiswa kita telah terlibat langsung dalam konvokesyen kali ini seramai 8 orang termasuk anggota MCUJ dan ahlinya. yaitu Mohd Zahid, Ahmad Baha, Ibrahim Zaki, Ahmad Saiful Daulah, Mohd Najib, Nor Baizura, Erni Nadia dan Nurul Huda. juga terima kasih kepada yang hadir terutama PKPMI-CJ yang bertungkus lumus dalam menyambut para wisudawan/wati di UIN.

Read more...

October 8, 2009

Kepulangan Anda

salam..

salam lebaran buat pembaca blog persatuan UIN jakarta. sementara bulan syawal belum berakhir dan masih lagi terasa dengan segar seakan tidak mahu meninggal berlalu begitu saja, kini sudah terngian-ngian pula di telinga dengan kedatangan bulan yang hampir tiba zulkaedah nanti, begitu juga kedatangan mahasiswa yang masih lagi warna warni kedatangan mereka, ada yang datang pertengahan bulan, akhir bulan dan juga seterusnya bulan-bulan yang mendatang. terserah pada mahasiswa mahu datang awal atau lewat, kerana bagi old mahasiswa, mereka tidak lagi terlibat dengan program studi kuliah, tetapi kebanyakannya yang sudah bikin skripsi dan yang menunggu wisuda. walaupun bebanan mahasiswa menanggung perbelanjaan tiket yang menelan hampir RM300 sekali penerbangan, namun semangat kemahasiswaan mereka masih lagi membara, untuk menghabiskan program sarjana dengan memegang sekeping sijil UIN adalah bukan perkara senang, kewangan, keringat juga motivasi diri diperbaharui dengan tekad dan usaha sendiri. dengan tauliyah dan pelajaran yang dididik oleh asatizah disebuah institusi swasta di Malaysia maka mahasiswa dapat berdikari secara berkumpulan, muhasabah dan usrah. kedatangan mahasiswa lama akan meriahkan lagi suasana kosan uin yang sarat dipenuhi oleh mahasiswa yang baru.mungkin mahasiswa uin yang baru tidak ramai yang kenal senior yang sudah setahun makan asam garam disini.myb inilah kesempatan kepada mahasiswa yang lama untuk datang awal bagi merapatkan silaturahmi dengan junior yang kian lama menunggu.(",)

Read more...

::aNda PeLaWat Ke::

invisible statistics

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP